RM68.00
SC 15 | NAFURA - Alpine Snow White Brightening Essence (110 ML)
Price RM68.00
Brand Nafura
Reward Points 7
Points Needed 6800
Availability In Stock
Quantity
Description

NAMA

NAFURA Alpine Snow White Brightening Essence

 

ISI PADU

110 ML

 

DIHASILKAN DI

Korea Selatan

 

PENERANGAN PRODUK

Alpine Snow White Brightening Essence merupakan cecair penghidratan yang ringan digunakan untuk membantu kulit menyerap pelembap (moisturizer) dan produk seterusnya dengan baik. Ianya diserap dengan bahan aktif yang berfungsi menyerap dengan lebih dalam ke dalam kulit. Alpine Snow White Brightening Essence bertindak balas di tahap sel dan memerangi masalah kulit dari puncanya. Molekul yang ringan daripada pelembap (moisturizer) membuatkan ianya mudah diresap ke lapisan kulit yang paling dalam.

 

Bahan asas yang boleh didapati dalam essence adalah hyaluronic acid dan glycerin untuk menghidrat kulit dan salah satu tujuan utamanya adalah supaya tetap memberikan kelembapan. Selain itu, ianya juga dirumus dengan tujuh ekstrak tumbuhan Alpine yang mesra kulit (Mallow, Lemon Balm, Lady’s Mantle, Yarrow, Health Speedwell, Peppermint dan Primrose) akan membantu melembapkan kulit, mengurangkan bintik-bintik gelap, mengekalkan kulit lebih sihat dan sekatakan tona kulit secara keseluruhan.

 

KEKERAPAN DAN CARA PENGGUNAAN

 

#1.

Sebagai topeng muka untuk 5 minit.

Untuk mengelakkan kulit kelihatan letih dan mendapatkan kulit wajah kelihatan segar, lembut dan licin, anda boleh merendam facial sheet yang kering ke dalam essence, memasukkannya dalam beg Ziploc dan simpan dalam peti sejuk.

 

Setelah facial sheet menjadi sejuk, letakkan di wajah anda selama beberapa minit sebelum meneruskan rutin penjagaan muka yang seterusnya. Kaedah ini dapat menghilangkan kulit yang lesu dan mengurangkan kemerahan pada wajah.

 

#2.

Sebagai hydrating face mist 

Anda boleh meletakkan Alpine Snow White Brightening Essence dalam sebuah botol semburan kecil untuk digunakan sebagai face mist. Kaedah ini dapat membantu wajah anda menjadi lebih segar dan menambahkan kelembapan pada wajah. Kaedah ini juga boleh digunakan sepanjang hari tanpa menggangu solekan anda.

 

#3.

Sebagai helah untuk menghilangkan keletihan mata

Eye bags adalah salah satu tanda-tanda keletihan pada wajah kita. Untuk menghilangkannya, anda hanya perlu merendam sepasang kapas dalam Alpine Snow White Brightening Essence, memasukkannya ke dalam beg Ziploc dan disimpan dalam peti sejuk untuk dibiarkan semalaman.

 

Pada pagi keesokkan hari, letakkan kapas yang direndam di atas mata selama 5 minit. Kesejukkan dari kapas itu akan mengecutkan kapilari mata yang bengkak untuk kurang membengkak seketika.

 

#4.

Membaiki kulit daripada kerosakan akibat cahaya matahari 

Memiliki kulit kering, mengelupas, terbakar dan berjeragat akibat terdedah kepada cahaya matahari. Untuk mengembalikan keseimbangan semula jadi kulit, anda perlu menambah Alpine Snow White Brightening Essence dalam rutin anda.

 

Menggunakan beberapa titik Alpine Snow White Brightening Essence selepas mencuci wajah dan penggunaan toner akan menghidratkan serta menambah vitamin dan asid amino pada kulit wajah anda.

 

Oleh itu, Alpine Snow White Brightening Essence digunakan untuk meningkatkan kelebihan semua produk lain dalam rutin penjagaan wajah anda. Jika anda inginkan wajah yang sangat berhidrasi dan lembap, jangan abaikan penggunaan Alpine Snow White Brightening Essence dalam rutin anda.

 

JENIS KULIT YANG SESUAI

Sesuai untuk kulit yang menghadapi masalah jeragat, kulit matang dan tona tak sekata.

 

KANDUNGAN

Water, Propanediol, Dipropylene Glycol, Methylpropanediol, 1,2-hexanediol, Methyl Gluceth-20, Niacinamide, Glycerin, Pentylene Glycol, Glycereth-26, Octyldodeceth-16 , C12-14 Pareth-12, Carbomer, Butylene Glycol, Tromethamine, Fragrance, Ethylhexylglycerin, Alcohol, Adenosine, Hydrogenated Lecithin, Achillea Millefolium Extract, Veronica Officinalis Extract, Alchemilla Vulgaris Extract, Melissa Officinalis Leaf Extract, Mentha Piperita (Peppermint) Leaf Extract, Malva Sylvestris (Mallow) Extract, Primula Veris Extract, Disodium Edta, Polyquaternium-51, Ficus Carica (Fig) Fruit Extract, Centella Asiatica Extract, Carnosine, Panthenol, Ceramide Np, Raffinose, Folic Acid, Cholesterol, Sodium Hydroxide, Tocopherol, Pancratium Maritimum Extract, Palmitoyl Pentapeptide-4, Leucojum Aestivum Bulb Extract, Madecassoside, Acetyl Hexapeptide-1.

 

NOMBOR PENDAFTARAN PRODUK

NOT220312880K

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews